MAKLUMAN
Daripada : Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri
Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Kepada : Guru-guru Bahasa Melayu dan Pelajar-pelajar Bahagian Menengah.
Tarikh : 10 JULAI 2003
BAHAGIAN MENENGAH 2003
Dengan segala sukacitanya, dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan akan mengungkayahkan peraduan
mencipta sajak peringkat SMCH bahagian menengah.
2. Sehubungan dengan perkara itu, semua pelajar Menengah Bawah dan Atas
dialu - alukan mengambil bahagian bagi menjayakan peraduan ini. Ia bertujuan mencungkil, mengembang dan menonjolkan bakat serta kemampuan para pelajar menerokai alam penulisan sajakdengan bahasa puitis berdasarkan keupayaan AKAL BUDI mereka.
3. Segala perhatian dan kerjasama daripada guru – guru dan pelajar – pelajar dalam
usaha menjayakan peraduan ini, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian dimaklumkan.
Yang menjalankan tugas,
(AWG YAHYA BIN SA’AT @ JAMIL)
Sekolah Menengah Chung Hwa,
Bandar Seri Begawan.
SK – Pengetua
Jabatan Perkembangan pelajar
Ketua Jabatan Bahasa Melayu
Guru-guru Bahasa Melayu.
Syarat-syarat peraduan:
1. Terbuka kepada pelajar-pelajar bahagian Menengah Bawah dan Atas ( Kategori
A Menengah 1, B Menengah 2, C Menengah 3 dan D Menengah 4 dan 5 ).
Penulisan/ciptaan sajak mestilah ditulis/dicetak dalam Bahasa Melayu.
2. Para pelajar digalakkan menulis atau mencipta sajak dengan menggunakan
teknologi komputer, kertas putih F4 dan penggunaan perkataan berhuruf
terang ( warna terang sahaja ).
3. Guru-guru dikehehdaki menghantar sejumlah lima ( 5 ) penyertaan yang terbaik
bagi setiap kelas.
4. Penciptaan/penulisan sajak perlu bertemakan sambutan ‘HARI GURU’.
5. Penentuan Markah;
i. Isi - 50 Markah
ii. kreativiti - 30 Markah
iii. Teknik - 20 Markah
6. Keputusan Hakim adalah muktamad.
7. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga
mengikut kategori masing-masing.
8. Tarikh dan masa peraduan bermula pada;
12Julai 2003 ( SABTU )
9. Tarikh tutup penyertaan pada;
4 OGOS 2003 ( RABU )
JAWATANKUASA PERADUAN:
Penasihat : Dayang Kho Guik Lan ( Pengetua )
Cikgu Tan Been Tiem ( Ketua Jabatan Bahasa Melayu )
Penyelaras
Peraduan : Cikgu Awg Yahya bin Hj Sa’at @ Jamil
Hakim : kategori A
1. Cikgu Norliza Binti Tuah
2. Cikgu NorAlifah Binti Abdullah
Kategori B
1. Cikgu Poh Sing Loo
Kategori C
1. Cikgu Tan Been Tiem
1. Cikgu Zukeri Bin Ya
2. Cikgu Beh Hau Yau
: Para hakim dikehendaki menghantar keputusan peraduan
kepada penyelaras pada 18 OGOS 2003.
Yang menjalankan tugas,
(AWG YAHYA BIN SA’AT @ JAMIL)
Sekolah Menengah Chung Hwa,
Bandar Seri Begawan.