SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA

BANDAR SERI BEGAWAN

 

MEMORANDUM

Daripada : Jabatan Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Chung Hwa.

 

Kepada   : Guru-guru Matapelajaran Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah.

 

                                                                                                        Tarikh: 19 MEI 2003

______________________________________________________________________

PERADUAN TULISAN RUMI

BAGI MURID-MURID BAHAGIAN RENDAH

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu menganjurkan peraduan tulisan rumi sebagai satu langkah untuk memupuk minat, meningkatkan mutu tulisan dan daya kreatif di kalangan murid-murid.

 

Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama daripada guru-guru yang mengajar pelajaran

Bahasa Melayu dapat bersama-sama menjayakan peraduan ini. Peraduan ini akan berlangsung di kelas masing-masing semasa mata pelajaran Bahasa Melayu pada hari Rabu,11 JUN 2003.

 

Guru-guru juga diminta memilih hasil murid yang terbaik bagi setiap darjah dan serahkan kepada pengerusi/ penolong pengerusi peraduan tulisan rumi sebelum Sabtu, 5 JULAI 2003.

Hakim-hakim yang dilantik mengikut kategori adalah seperti di bawah ini:

 

 Barisan hakim yang dilantik:

                           Darjah 1 : Cikgu Peng Siew Tang

                           Darjah 2 : Cikgu Lee Chin Lan

                           Darjah 3 : Cikgu Nora Binti Mohammad

 

Guru-guru yang bertanggungjawab menghias dan memaparkan hasil pemenang-pemenang peraduan:

                          Ketua:        Cikgu Tam Sok Chan

                          Penolong :  Cikgu Chong Sok Ting

                                             Cikgu Yap Bee Yong

                                             Cikgu  Rasidah bt. Hassali

Keputusan peraduan akan diumumkan kemudian. Keputusan hakim adalah muktamad.

Kerjasama dan perhatian para guru terhadap peraduan ini diucapkan setinggi-tinggi

terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

----------------------------

(Cikgu Ng Siau Chui)

Pengerusi

Peraduan Tulisan Rumi 2003,

Jabatan Bahasa Melayu Bahagian Rendah Bawah,

Sekolah Menengah Chung Hwa.

 

s.k.

Pengetua

Ketua Pengajaran

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu

Ketua Guru Kerajaan