SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA

BANDAR SERI BEGAWAN

Daripada : Jabatan Bahasa Melayu,Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

Kepada : Guru-guru Bahasa Melayu  dan murid-murid .

                                                                                                                   7 Julai 2003

  PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH TAHUN 2003.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu sekolah kita akan menganjurkan pertandingan kuiz Bahasa Melayu sempena Minggu Bahasa Melayu 2003. 

2.            Sehubungan dengan hal itu,guru-guru Bahasa Melayu Darjah 4,5dan 6 adalah diminta memilih wakil-wakil  kelas untuk menyertai pertandingan tersebut. 

3.            Pusingan awal pertandingan tersebut akan dijalankan pada 14 Julai 2003  bertempat di bilik-bilik darjah dan Bilik AVA. Manakala,pertandingan akhir pula akan diadakan pada 21 - 26 Julai 2003  bertempat di bilik darjah yang berkenaan sahaja. 

4.            Bersama surat ini disertakan borang penyertaan bagi tujuan tersebut. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada penyelaras pertandingan pada atau sebelum 12 Julai 2003

 

Sekian sahaja,harap maklum.Terima kasih.

 

‘BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN’

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

_________________________________

( Anthony Chieng Kai Huak )

Penyelaras Pertandingan Kuiz,

Sekolah Menengah Chung Hwa,

Bandar Seri Begawan.

 

 

Sk.

Pengetua

Timbalan Pengetua

Ketua Pengajaran

Ketua Disiplin

Ketua Jabatan Bahasa Melayu.

 

 

Ahli-ahli Jawatankuasa Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu 2003.

 

Penasihat: Dayang Tan Been Tiem ( Ketua Jabatan Bahasa Melayu ).

 

Penyelaras : Awang Anthony Chieng Kai Huak

 

Penolong Penyelaras / penggubal soalan kuiz / hakim / pengacara:

           

1.Awang Zukeri bin Ya

            2.Dayang Chin Mee Hee

            3.Dayang Noraihan bte Abd. Hamid

            4.Dayang Hajjah Samsiniah

            5.Awang Choo Kok Weng

            6.Dayang Chiam Lay Kuan

            Pencatat markah: Pelajar –pelajar Darjah 4 , 5 dan 6.  

 

Penjaga masa: Pelajar Darjah 4,5 atau 6

                                               

 

 

Syarat-syarat pertandingan:

1.Murid-murid akan ditanya perkara-perkara berkaitan dengan  pelajaran Bahasa Melayu dan lain-lain perkara yang sesuai. 

2.Kelas yang mendapat  jumlah markah terbanyak,kedua dan ketiga layak ke pertandingan akhir untuk peringkat masing-masing. 

3.Para peserta dilarang berbincang ketika menjawab soalan. 

4.Pertandingan akhir akan dijalankan dalam 2 pusingan. Dalam pusingan pertama,para peserta dikehendaki menjawab secara bergilir-gilir. Dalam pusingan kedua,para peserta dibenarkan berebut untuk menjawab soalan. Walaubagaimana pun,markah akan ditolak untuk jawapan yang salah daripada peserta. 

5.Keputusan hakim adalah muktamad.

 

 

 

 

……………………………………………..Potong di sini ……………………………………………….

 

BORANG PENYERTAAN

 

Darjah:  ________________________

 

Peserta : 1.________________________________ ( ketua )

 

               2.________________________________

 

               3.________________________________

 

 

 

Tanda tangan guru Bahasa Melayu:______________________________   Tarikh:_______________