Bahagian Sekolah Rendah Bagi Tahun 2002.
1.
Cikgu Chang Hon Boon
2.
Cikgu Peng Siew Tang
3.
Cikgu Ng Siau Chui
4.
Cikgu Lee Chin Lan
5.
Cikgu Chua Lian Moi
6.
Cikgu Tam Sok Chan
7.
Cikgu Loong poh cheng
8.
Cikgu Yap Bee Yong
9.
Cikgu Beh Hai Yau
10.
Cikgu Murni Bt.Galawat
11.
Cikgu Anthony Chieng Kai Huak
12.
Cikgu Yeot Bt. Bujang
13.
Cikgu Nora Bt.Hj.Mohamed
14.
Cikgu Tai Tiam Kwee
15.
Cikgu Chin Mee Hee
16.
Cikgu Chiam Lay Kuan
17.
Nooraihan Bt. Abdul Hamid
1.
Laporan ini bertujuan untuk menilai pencapaian yang
diperolehi dari usaha-usaha pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2002.
2.
Objektif-objektif yang dirancangkan dalam ‘ Pelan Tindakan
2002’ dan pengulasannya adalah seperti berikut
: -
2.1
Meningkatkan taraf pendidikan Bahasa Melayu.
Sebagaimana yang telah
dirancangkan, taraf pencapaian pendidikan Bahasa Melayu adalah memuaskan dan
dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa . Para guru didapati telah berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan
pengajaran mereka dengan lebih efektif selain daripada menumpukan perhatian
terhadap buku teks.
2.2
Meningkatkan bidang pembacaan di kalangan
murid-murid.
Pelbagai cara pengajaran untuk
meningkatkan bidang pembacaan di kalangan murid-murid seperti buku cerita, majalah dan surat khabar telah digunakan dan
aplikasi tersebut telah membuktikan bahawa penguasaan murid terhadap penulisan karangan, menjawab soalan kefahaman dan
pemahaman perbendaharaan kata adalah
memuaskan.
2.3
Pemberian kerja rumah yang sederhana kepada
murid-murid.
Semua guru telah memberi kerja
rumah yang sederhana dan seimbang dengan kemampuan murid-murid mereka. Bilangan kerja rumah yang diberi telah
ditentukan seminggu sekali atau lanjutan
kerja sekolah , ini adalah untuk mengurangkan bebanan murid-murid.
2.4
Memberi
bantuan kepada murid-murid yang lemah.
Kelas-kelas
tambahan telah dijalankan setiap hari Jumaat dan masa cuti sekolah bagi
murid-murid Darjah 6 untuk menghadapi peperiksaan PSR. Hasilnya seramai 127
orang pelajar telah mencapai pangkat A dalam peperiksaan PSR tahun ini.
2.5 Menggalakkan murid-murid membaca buku cerita.
Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku cerita yang sesuai dengan
kemampuan mereka dari perpustakaan sekolah. Ada juga guru-guru yang telah
meminjam buku-buku dari perpustakaan untuk bacaan murid-murid dalam kelas
masing-masing. Dengan cara begini, minat membaca buku cerita di kalangan
murid-murid sekolah rendah akan kian meningkat.
2.6 Penilaian dan pengujian
Penilaian dan pengujian telah
dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap pertengahan tahun untuk
mengetahui pencapaian dan kemahiran seseorang murid. Dari penilaian yang dijalankan itu, para guru dapat memahami atau
memperbaiki kaedah pengajaran supaya pembelajaran murid-murid dapat dijalankan
dengan lebih berkesan lagi.
2.7
Skim pengajaran
Skim pengajaran
bagi setiap peringkat telah disediakan oleh guru-guru setelah membuat
perbincangan pada awal tahun. Para guru
telah mengikut skim yang ditentukan dan diselesaikan dengan memuaskan pada hujung tahun.
2.8
Lisan
Guru-guru telah menggunakan
Bahasa Melayu sebagai komunikasi dengan murid-murid baik dalam bilik darjah
atau luar dari bilik darjah. Dengan ini
secara langsung murid-murid dapat memahami dan membiasakan diri mereka untuk
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.
2.9
Penggunaan alat bantu mengajar.
Para guru telah membuat alat
bantu mengajar yang sesuai dengan isi-isi pelajaran murid-murid . Sesetengah daripada alat bantu mengajar ini
telah dilekat dalam kelas masing-masing untuk manfaat para murid sekalian.
Kemudahan internet yang disediakan oleh pihak sekolah juga telah digunakan
dengan sebaiknya oleh guru dalam proses mempelbagaikan kaedah pembelajaran.
3. Kegiatan Ko-Kurikulum
Peraduan tersebut telah diadakan pada 6 Jun 2002 dan guru penyelaras bagi peraduan ini
ialah Cikgu Murni bt. Galawat. Peraduan ini terbuka kepada murid-murid darjah
satu hingga tiga sahaja. Objektif
peraduan ini adalah untuk menanam kesedaran murid-murid tentang
kepentingan menjaga tulisan dalam penulisan di samping memupuk minat
murid-murid untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas. Selain daripada itu juga untuk membangkitkan semangat persaingan di
kalangan murid-murid untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kerana peraduan
ini mengetengahkan kemahiran setiap murid dalam darjah satu hingga tiga.
Berikutnya ialah keputusan peraduan tersebut :-
Kategori Darjah 1
Tempat Pertama: Wong Lieng Chee
(P1Gold)
Tempat Kedua: Wong Xin Ni (P1
Blue)
Tempat Ketiga: Chua Yi Chern (P1
Green)
Kategori Darjah 2
Tempat Pertama: Yvone Lim (P2
Yellow)
Tempat Kedua: Amalina Bte Amdan
(P2 Green)
Tempat Ketiga:Dk. Siti Amal
Nabilah (P2 Green)
Kategori Darjah 3
Tempat Pertama: Thian Yee Zhan
(P3 Red)
Tempat Kedua: Siti Nurliyana (P3
Brown)
Tempat Ketiga: Khaty Kong (P3
Yellow)
2.
Peraduan Menulis Karangan
Peraduan mengarang telah
diadakan pada 6 Jun 2002 di bawah penyelarasan Cikgu Chiam Lay Kuan. Peraduan
ini merupakan kali pertama diadakan di peringkat sekolah rendah atas . Peraduan
ini dibuka kepada semua pelajar dari darjah empat hingga enam. Tujuan peraduan
ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan daya kreatif
penulisan di kalangan murid sekolah rendah. Keputusan peraduan Menulis Karangan
bahagian sekolah rendah bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:
Kategori Darjah 4
Tempat Pertama: Fang Xue Yuan
(P4 Yellow)
Tempat Kedua: Poh Wan Yan (p4
Yellow)
Tempat Ketiga: Shawn Lim (P4
Express)
Kategori Darjah 5
Tempat Pertama: Ong Chui Chui
(P5 Red)
Tempat Kedua: Tiong Ying Hee (P5
Express)
Tempat Ketiga: Hew Wei Jie (P5
Express)
Kategori Darjah 6
Tempat Pertama: Jane Tay (P6
Red)
Tempat Kedua: Sung Yoke Khee (P6
Red)
Tempat Ketiga: Yap Xiao Ting ( P6 Express)
Cikgu Peng Siew Tang. Peraduan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar sekolah rendah bertutur dan bercerita dalam Bahasa Melayu di
samping melatih pelajar-pelajar supaya berani bercakap di hadapan khalayak ramai.
Pemenang-pemenang peraduan tersebut adalah seperti
berikut :-
Kategori Darjah 1-2
Tempat Pertama: Amalina Bte.
Amdan (P2 Green)
Tempat Kedua: Karen Ting Shi
Chien (P2 Red)
Tempat Ketiga: Lee Chia Pau (P2
Red)
Kategori Darjah 3-4
Tempat Pertama: Goh Choon Ling
(P4 Express)
Tempat Kedua: Tan Wan Jing (P4
Red)
Tempat Ketiga: Bong Jing Chi (P3
Red)
Kategori Darjah 5-6
Tempat Pertama: Meria Aires Anak
Kuyah (P6 Brown)
Tempat Kedua: Tiong Ying Hee (P5
Express)
Tempat Ketiga: Nur Syahirah
Chua (P6 Brown)
4.Peraduan Kuiz Bahasa Melayu
Peraduan Kuiz Bahasa Melayu diadakan di bawah penyelarasan
Cikgu Anthony Chieng. Tujuan Peraduan ini diadakan adalah untuk menambahkan
kemahiran pelajar dari segi penguasaan bahasa Melayu. Peraduan ini hanya
terbuka kepada pelajar-pelajar darjah empat hingga enam. Soalan yang disediakan
adalah menguji bahagian tatabahasa dan pengetahuan am pelajar. Tahap kemampuan
pelajar yang menyertai peraduan ini adalah memuaskan. Keputusan peraduan ini
adalah seperti berikut:
Kategori Darjah 4
Tempat Pertama: P4 Orange (Md.
Nur Ariff Putra b. Manjanai, Lim Shi Khiong, Hiew Wan Jun)
Tempat Kedua: P4 Yellow
(Mar’yatul Haziqah Hj. Lazim, Catherina bt. Awg. Taccoh, Cindy Lee Shin Yii)
Tempat Ketiga: P4 Purple (Siti
Nurul Aqilah Shyaqilah bt. Hj. Brahim, Nur Athirah Chua bt. Mohd. Firdaus Chua,
Fatin Fasihah bt. Hj. Ramli)
Kategori Darjah 5
Tempat Pertama: P5 Blue( Aileen
Benedette, Johnny ak Mamut, Saiyidah Syazwani)
Tempat Kedua: P5 Express (Andrew
Koay Yi Jie, Tiong Ying Hee, Koh Choo Yee)
Tempat Ketiga: P5 Red (Ong Chui
Chui, Wong Shi Ning, Ti Li Ying)
Kategori Darjah 6
Tempat Pertama: P6 Brown( Meria
Aires anak Kuyah, Liew Shu Xian, Nur
Syahirah Chua bt. Mohd. Firdaus Chua)
Tempat Kedua: P6 Express (Chu
Sheng Hong, Yap Xiao Ting, Liaw Yi Huey)
Tempat Ketiga: P6 Orange(Fajrina
bt. Hamdan, Wemmy Emlia, Nazirah bt. Abd. Kamil)
Kesimpulan
Guru-guru dari Jabatan
Bahasa Melayu , Bahagian Sekolah Rendah telah menjalankan tugas masing-masing dengan
baik. Oleh yang demikian, ia boleh
dikatakan telah mencapai matlamat-matlamat
yang telah dirancang dalam pelan tindakan tahun ini. Semua kegiatan
ko-kurikulum telah dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kegiatan
ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran
mereka dan menimba pengalaman baru dalam pertandingan yang diceburi.