Ketua Jabatan :
Tan Been Tiem
Guru-Guru Bahasa Melayu Bahagian Menengah:
·
Tan Been Tiem (Tingkatan 5A, 5C & F1A)
·
Poh Sing Loo (Tingkatan 5B ,4B & 4C)
·
Yahya Bin Sa’t @ Jamil (Tingkatan F4A)
·
Norliza Bt. Hj. Tuah ( Tingkatan 3A, 3C , F1D & F1E)
·
Beh Hai Yau (Tingkatan 3B)
·
Noor Alifah Bt. Abdullah (Tingkatan 2A, F2B & F2D)
·
Hj. Bahar Bin Musa (Tingkatan F2C & 2E )
·
Zukeri B. Ya (Tingkatan 1B, 1C & !F)
1. Kemahiran
Penulisan
Kemampuan penuntut-penuntut dari
segi penulisan, secara keseluruhannya di peringkat sederhana sahaja. Walaubagaimana
pun ada sebahagian kecil daripada penuntut-penuntut yang dapat menghasilkan ayat-ayat yang gramatis dan menarik dalam
aktiviti penulisan terutama dalam penulisan karangan, rumusan atau meringkaskan
karangan dan membina ayat. Penuntut-penuntut yang terlibat secara langsung
dalam peraduan syarahan dan mengarang
telah menunjukkan kemajuan dari segi penulisan mereka. Keadaan ini disebabkan
pendedahan yang lebih meluas dan pembacaan tambahan yang mereka lakukan dalam
bahasa Melayu. Dengan ini penuntut-penuntut
lain juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian dan
membaca lebih banyak bahan tambahan.
2. Kemahiran
Lisan
Pada
tahun ini latihan lisan di dalam kelas diberi lebih banyak tumpuan dengan
memperuntukan satu waktu pada setiap minggu bagi membiasakan para pelajar
memberi pendapat secara lisan. Ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar bertutur secara lisan dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar yang
akan menduduki peperiksaan awam akan diberi peperiksaan secara lisan sebelum
mereka menduduki peperiksaan lisan yang sebenar bagi peperiksaan awam.
Pencapaian pelajar dalam ujian lisan bagi peperiksaan awam adalah memuaskan.
3. Kemahiran
Membaca
Tahap kemahiran membaca di kalangan
penuntut Cina, secara keseluruhan adalah memuaskan. Penilaian ini adalah
berdasarkan latihan bacaan yang
diberikan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga lima. Biasanya, penuntut dapat membaca dengan
lancar kecuali ada sebahagian daripada mereka menghadapi masalah dari segi
sebutan dan intonasi yang betul. Dengan ini, penuntut-penuntut sentiasa digalakkan menonton rancangan
berita dalam bahasa Melayu dalam usaha untuk membiasakan penuntut dengan
sebutan yang betul. Para pelajar juga dilatih
membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul semasa disuruh membaca
petikan di dalam kelas.
4. Pemberian
Kerja Rumah
Kerja rumah diberi secara sederhana
sahaja pada setiap hujung minggu dan pada waktu cuti penggal persekolahan
pertama dan kedua. Di samping itu latihan yang diberi dalam kelas yang tidak
dapat disiapkan di sekolah, akan diberi sebagai kerja rumah.
5. Kegiatan
Ko-Kurikulum
a) Peringkat Sekolah
Setiap
tahun, Jabatan Bahasa Melayu menjalankan beberapa peraduan dalam usaha untuk
memupuk dan menggalakkan minat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Melayu dan
menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Di antara
aktiviti-aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah seperti berikut:
1.
Peraduan Mengarang
Peraduan
mengarang telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Norliza bt. Hj. Tuah dan
dibantu oleh semua guru Bahasa Melayu bahagian menengah. Tujuan Peraduan ini
diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan daya kreatif penulisan
di kalangan penuntut. Semua penuntut dari menengah satu hingga lima diberi
peluang untuk menyertai peraduan ini dan setiap kelas dipilih tiga orang wakil
yang layak untuk dipertandingkan di peringkat akhir . Keputusan Peraduan Menulis Esei dan Karangan bahagian menengah
bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:
KATEGORI
A ( MENENGAH 1 )
Johan : Low Paw Hui ( M 1B
)
Naib johan : Anisa Sato ( M 1B )
Tempat
ketiga : Chin Jing Yi ( M 1A)
KATEGORI B ( MENENGAH 2 )
Johan : Low Seng Yen ( M 2A
)
Naib
johan : Ting Yik Huang ( M 2A)
Tempat
ketiga : Muhammad Khalik ( M 2E )
KATEGORI
C ( MENENGAH 3 )
Johan : Chin Wern Hui ( M 3A )
Naib johan :
Yu Hui Ling ( M 3A )
Tempat
ketiga : Edwina Goh ( M 3A
)
KATEGORI
D ( MENENGAH 4 DAN 5 )
Johan : Tan Chin Li ( M 4B
)
Naib johan :
Chen Su Chan ( M 5A )
Tempat
ketiga : Wong Sing Wei ( M 5A )
2.
Peraduan Syarahan
Peraduan ini telah diadakan di bawah penyelarasan
Cikgu Poh Sing Loo dan dibantu oleh semua guru bahasa Melayu bahagian menengah.
Peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan
penuntut dan mengasah bakat penuntut untuk melahirkan penuntut yang dapat
menyampaikan hujah-hujah dengan berkesan. Penyertaan penuntut pada tahun ini
amat menggalakkan. Kemampuan penuntut
menyampaikan syarahan adalah memuaskan bagi menengah bawah dan atas. Keputusan
Peraduan Syarahan bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:
Kategori Menengah Satu
Tempat Pertama: Anisa Sato (M1B)
Tempat Kedua: Ng Yee Joe (M1A)
Tempat Ketiga: Wong Yii Wen
(M1B)
Kategori Menengah Dua
Tempat Pertama: Kho Xin Wei
(M2A)
Tempat Kedua: Su Kah Hou (m2A)
Tempat Ketiga: Muhammad Omar
(M2C)
Kategori Menengah Tiga
Tempat Pertama: Tay Chin Tze
(M3A)
Tempat Kedua: Marina Sato (M3B)
Tempat Ketiga: Soh Kiaw Han
(M3A)
Kategori Menengah Empat &
Lima
Tempat Pertama: Hartinie
Mohammad Antin (M4B)
Tempat Kedua: Chen Su Chan (M5A)
Tempat Ketiga: Lim Pei Yi (M5A)
3. Peraduan Kuiz Bahasa Melayu
Peraduan Kuiz Bahasa Melayu diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Zukeri
Bin Ya dan dibantu oleh semua guru bahasa Melayu bahagian menengah. Tujuan
peraduan ini adalah untuk menambahkan kemahiran pelajar dari segi penguasaan
bahasa Melayu. Peraduan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar menengah satu
hingga tiga. Soalan yang disediakan adalah menguji bahagian tatabahasa termasuk
peribahasa dan perambahan Brunei. Tahap kemampuan pelajar yang menyertai
peraduan ini amat memuaskan. Keputusan peraduan ini adalah seperti berikut:
Kategori Menengah Satu
Tempat Pertama: Menengah 1A:
Chan Chung Sun, Chin Jing Yi,
Lau Sze Yee
Tempat Kedua: Menengah 1B:
Lim Chia Yee, Sim Pei Yee’ Ung
Cheng Hoe
Tempat Ketiga: Menengah 1D:
Mohd Fakrul Islam, Mohd
Aedee,Maedlinde
Tempat Pertama: Menengah 2A:
Stella Ting Hai Yin, Susan Ting
Yik Huang, Chu Hui Yen
Tempat Kedua: Menengah 2B:
Cheong Siaw Ling, Husrina Binti
Awang Yunus,
Jackie Wong Ha Hing
Tempat Ketiga: Menengah 2E:
Nge Ko Liong, Tan Jee Wei,
Awangku Syafiie
Kategori Menengah Tiga
Tempat Pertama: Menengah 3A:
Yu Hui Ling, Edwina Goh, Chin
Wern Hui
Tempat Kedua: Menengah 3B
Marina Sato, Phang Shew Hiang,
Dk. Nurul Hidayah
Tempat Ketiga: Menengah 3C:
Stephenie, Mona Bt. Bakar, Lee
Tian Sing
4. Peraduan
Mencipta Sajak
Peraduan ini baru diperkenalkan
pada tahun ini. Guru penyelaras bagi peraduan ini ialah Cikgu Yahya Bin Sa’at @
Jamil dan dibantu oleh guru-guru yang mengajar bahagian menengah atas. Peraduan
ini dibuka kepada pelajar-pelajar menengah atas yang dibahagikan kepada dua
kategori. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang
ada pada para pelajar dari segi menghasilkan sajak dan memberi peluang kepada
pelajar meluahkan perasaan mereka dalam bentuk sajak tentang sesuatu topik yang
diberi. Kemampuan pelajar menghasilkan sajak yang puitis adalah memuaskan.
Keputusan peraduan sajak adalah seperti berikut:
Kategori Menengah
Empat
Tempat Pertama: Tan
Chin Li (M4B)
Tempat Kedua: Chai Xin
Tee (M4A)
Tempat Ketiga:
Hartinie binti Mohammad Antin (M4B)
Kategori Menengah Lima
Tempat Pertama: Chin
Kuet Choi (M5B)
Tempat Kedua: Soo Yih
Jing (M5A)
Tempat Ketiga: Chung
Zze Chen (M5B)
b)
Peringkat Negara
1. Peraduan
Bahas Kali ke-29
Pada
tahun ini sekolah kita tidak menyertai peraduan ini kerana tidak dapat memenuhi
syarat penyertaan yang mahukan para peserta terdiri daripada tiga orang yang
memiliki kerakyatan Brunei dan seorang warga asing.
2. Peraduan
Pidato Antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Seluruh Negara
Sekolah
kita telah menghantar seorang wakil iaitu Hartinie Bt. Mohammad Antin dan telah
mendapat tempat ketiga dalam peraduan tersebut. Guru pengawas yang telah
melatih perserta tersebut ialah Cikgu Poh Sing Loo.
Kesimpulan
Guru-guru dalam jabatan Bahasa
Melayu sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan
yang ada pada para pelajar demi meningkatkan tahap penguasaan para pelajar
dalam Bahasa Melayu. Dengan usaha ini
dan usaha-usaha lain yang telah diambil, telah dapat meningkatkan peratus
kelulusan pelajar dalam peperiksaan PSR, PMB dan keputusan Peperiksaan GCE
Peringkat ‘O’.