PELAN TINDAKAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH TAHUN 2003
BIDANG YANG DIFOKUS |
PERANCANGAN AKTIVITI |
TUJUAN |
BAHAN |
1. Meningkatkan Kemahiran Penulisan. 2.
Meningkatkan kemahiran lisan |
Ø Mengajar topik-topik tertentu daripada buku teks, buku kerja dan buku latihan Ø Memberi latihan tulisan yang telah ditetapkan Ø Melatih para pelajar membina ayat . Ø Membimbing murid menulis karangan . Ø Melatih murid menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Ø Memberi latihan mengisikan tempat kosong supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap. Ø Menulis perkataan/ayat yang disebut oleh guru (ejaan/rencana). Ø Menyusun ayat mengikut urutan yang betul. Ø Pembacaan bahan-bahan karangan. Ø Menulis ringkasan cerita melalui buku cerita yang dibaca. Ø Membuat buku skrap tentang contoh-contoh karangan. Ø Memberi penilaian bertulis melalui ujian kelas dan guru dikehendaki menjelaskan jawapan kepada para pelajar selepas kertas ujian dipulangkan kepada para pelajar. Ø Melatih para pelajar menjawab soalan kefahaman secara lisan. Ø Para pelajar digalakkan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu dalam kelas dan kegiatan bahasa Melayu. Ø Melakonkan satu situasi yang diberi. Ø Menyuruh pelajar menceritakan semula cerita yang dibaca atau didengar. Ø Menyuruh pelajar memberi pendapat berdasarkan sesuatu tajuk. Ø Menggalakkan penuntut mengambil bahagian dalam Peraduan Bercerita dan Kuiz. Ø Mendengar radio kemudian menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Ø Perbincangan secara kumpulan |
Ø Untuk menggalakkan para penuntut menggunakan tatabahasa yang betul dan membina asas tatabahasa yang kukuh. Ø Melatih para pelajar dalam penguasaan penulisan tulisan rumi. Ø Memperkayakan perbendaharaan kata. Ø Mengukuhkan pembentukan struktur ayat Ø Untuk melatih pelajar menghasilkan ayat sendiri. Ø Menambahkan pengetahuan untuk digunakan sebagai isi-isi karangan. Ø Untuk melatih penuntut memahami kehendak soalan peperiksaan dan me- nilai kemampuan pelajar serta memperbaiki kelemahan pelajar. Ø Melancarkan pertuturan. Ø Membina pemikiran yang kreatif Ø Membina keyakinan diri. Ø Melatih penuntut supaya fasih bertutur dalam bahasa Melayu Ø Meningkatkan kemahiran mendengar dan menjawab secara lisan. Ø Membolehkan murid-murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu |
Ø Guru-guru Darjah 1 hingga 6 Ø Buku-buku teks dan rujukan. Ø Majalah, suratkhabar, buku karangan dan buku cerita Ø Bahan-bahan ransangan seperti gambar, animasi dan rajah. Ø Guru-guru Darjah 1 hingga 6. Ø Alat-alat bantu mengajar seperti Makmal Bahasa Berkomputer Ø Buku-buku cerita. |
3.
Meningkatkan
kemahiran membaca |
Ø Melatih penuntut membaca secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ø Melafazkan pantun dan syair yang terdapat dalam buku kerja. Ø Penuntut disarankan untuk membaca bahan bacaan tambahan seperti majalah dan buku cerita. Ø Membaca petikan secara bergilir-gilir oleh setiap pelajar. |
Ø Melancarkan bacaan murid. Ø Memperbaiki mutu bacaan para pelajar melalui bacaan yang berterusan. Ø Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Ø Mengenalpasti pelajar yang lemah. |
Ø Guru-guru Darjah 1 hingga 6 Ø Multi Media Ø Buku Teks dan buku kerja |
4.
Pemberian kerja
rumah |
Ø Latihan tambahan selain daripada latihan biasa bagi mengukuhkan pemahaman murid. Ø Latihan ulangkaji dan kerja rumah semasa cuti sekolah. |
Ø Membantu mematangkan lagi penerimaan pelajar dalam setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru. |
Ø Semua guru Darjah 1 hingga 6 Ø Buku teks, buku kerja dan buku latihan. |
5.
Pemberian kerja
bertulis |
Kefahaman: 16 (Darjah 1) 30 ( Darjah 2- 6 )
Tatabahasa: 30 ( Darjah 1- 6) Karangan : 10 (Darjah 2-3) 15 (Darjah 4-6) Tulisan / pantun: 16 Ejaan : 16
|
Ø Melatih para penuntut memahami dengan lebih lanjut tentang pelajaran yang diajar oleh guru. Ø Meningkatkan pemaham- an para penuntut terhadap pelajaran yang diajar melalui latihan yang dibuat oleh pelajar sendiri atau yang dibimbing oleh guru. |
Ø Buku latihan Ø Buku teks Ø Buku rujukan Ø Semua guru Darjah 1-6 |
6.
Kegiatan
ko-kurikulum |
Ø Peraduan Menulis Tulisan Rumi (Darjah 1-3) Ø Peraduan mengarang (Darjah 4-6) Ø Peraduan Bercerita (Darjah 1-6) Ø Kuiz Bahasa Melayu (Darjah 4-6) |
Ø Memberi peluang kepada penuntut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut untuk membentuk keyakinan diri penuntut |
Ø Semua guru Darjah 1 hingga 6 |
Disediakan oleh:
TAN BEEN TIEM
Ketua Jabatan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Chung Hwa, B.S.B.
Negara Brunei Darussalam.