PELAN TINDAKAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
BAHAGIAN
MENENGAH TAHUN 2003
BIDANG YANG DIFOKUS |
PERANCANGAN AKTIVITI |
TUJUAN |
BAHAN |
1.
Meningkatkan Kemahiran Penulisan. 2.
Meningkatkan
kemahiran lisan |
§ Mengajar topik-topik
tertentu daripada buku teks dan bahan-bahan rujukan yang lain seperti yang telah dirancang. § Melatih para pelajar
membuat karangan dan surat kiriman mengikut kuota yang telah ditetapkan untuk setahun. § Melatih para pelajar
meringkaskan karangan atau ayat yang panjang dan merumuskan jadual, carta pai, graf dan sebagainya. § Melatih para pelajar
membina ayat yang betul dan gramatis bagi jawapan
pemahaman. § Membiasakan para pelajar
menjawab kertas- kertas peperiksaan awam tahun-tahun
lepas (tingkatan 3 & 5) § Memberi penilaian
bertulis melalui ujian kelas dan guru dikehendaki menjelaskan jawapan
kepada para pelajar selepas kertas ujian
di- pulangkan kepada para penuntut. Ø
Melatih para penuntut berbincang sesuatu topik secara lisan . Ø
Penuntut digalakkan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dalam kegiatan bahasa Melayu. Ø
Menggalakkan penuntut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang
diadakan oleh Jabatan Bahasa Melayu. Ø
Mengadakan ujian lisan bagi
tingkatan tiga dan lima. |
¨ Untuk menggalakkan para penuntut menggunakan tatabahasa yang betul dan membina ayat yang gramatis dalam apa jua bentuk penulisan. ¨ Untuk mengembangkan pendapat para penuntut dalam bentuk penulisan supaya dapat menghasilkan karangan yang baik ber- pandukan isi-isi yang telah diberi hasil daripada per- bincangan bersama antara guru dan para pelajar. ¨ Untuk melatih penuntut menghasilkan ayat sendiri. ¨ Untuk melatih penuntut memahami kehendak soalan peperiksaan dan me- nilai kemampuan penuntut. Ø
Untuk menghasilkan para penuntut yang fasih ber- komunikasi dalam
bahasa Melayu. Ø
Membiasakan penuntut menyampaikan hujah dengan berkesan. Ø
Sebagai persediaan meng- hadapi ujian lisan (tingkatan 3 dan 5) |
¨ Guru-guru tingkatan 1 hingga 5 ¨ Buku-buku teks dan rujukan. ¨ Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Ø
Guru-guru tingkatan 1 hingga 5. Ø
Alat-alat bantuan mengajar seperti Makmal Bahasa Berkomputer |
3. Meningkatkan kemahiran membaca |
Ø
Membimbing penuntut membaca secara kuat dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Ø
Memahami makna perkataan dengan merujuk kamus. Ø
Penuntut disarankan untuk membaca bahan bacaan tambahan seperti
majalah Juara, Mekar, Dewan Masyarakat, Media Permata, Pelita Brunei, buku
cerita dan lain-lain. |
Ø Untuk memperbaiki mutu bacaan para pelajar supaya fasih dan lancar melalui bacaan yang berterusan. |
Ø
Guru-guru tingkatan 1 hingga 5 Ø
Pita video Ø
Kamus Ø
Internet |
4. Pemberian kerja rumah |
Ø
Latihan diberi sederhana sahaja setiap hujung minggu atau sebagai
kerja lanjutan daripada latihan yang tidak sempat diselesaikan dalam kelas. |
Ø
Membantu mematangkan lagi penerimaan pelajar dalam setiap pelajaran
yang disampaikan oleh guru. |
Ø
Semua guru tingkatan 1 hingga 5 |
5. Pemberian kerja bertulis |
Ø
Karangan: 10-15 (Menengah Atas) 20 – 25 (Menengah Bawah) Ø
Kefahaman: 10-15 (Menengah
Atas) 15 (Menengah Bawah) Ø Prosa Klasik: 5-8 (Menengah Atas) Ø Puisi: 5 –8 (Menengah Atas) Ø Ringkasan : 10-15 (Menengah Atas) Ø Rumusan : 10-15 ( Menengah Bawah) Ø Peribahasa: 20-25 (
Menengah Atas) 20-25 ( Menengah Bawah) Ø
Tatabahasa : 25 ( Menengah Atas) 25 ( Menengah
Bawah) |
Ø
Melatih para penuntut memahami dengan lebih lanjut tentang pelajaran
yang diajar oleh guru. Ø
Meningkatkan pemaham- an para penuntut terhadap pelajaran yang diajar
melalui latihan yang dibuat oleh pelajar sendiri atau yang dibimbing oleh
guru. |
Ø
Buku latihan dan kertas kajang yang berlogo sekolah. |
6. Kegiatan ko-kurikulum |
Ø
Peraduan mengarang Ø
Peraduan Syarahan Ø
Peraduan Kuiz Bahasa Melayu Ø
Peraduan Mencipta Sajak Ø
Menyertai pertandingan bahas, pidato, menulis karangan dan lain-lain
pertandingan peringkat negara. |
Ø
Memberi peluang kepada penuntut melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti tersebut untuk membentuk keyakinan diri penuntut. Ø
Mencungkil bakat-bakat yang ada pada pelajar. |
Ø
Semua guru tingkatan 1 hingga 5 |
Disediakan
oleh:
TAN BEEN TIEM
Ketua
Jabatan Bahasa Melayu,
Sekolah
Menengah Chung Hwa, B.S.B.