Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Daripada: Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

 Kepada: Guru-guru Bahasa Melayu dan murid-murid menengah bawah

               3 JUN 2003

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU PERINGKAT MENENGAH BAWAH  

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA, BSB, TAHUN 2003

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu sebagai satu langkah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran lisan Bahasa Melayu, di kalangan penuntut bagi tahun 2003. 

Sehubungan dengan tujuan di atas, penyertaan penuntut  dialu-alukan bagi menjayakan pertandingan ini. Dengan demikian kita dapat mengetengahkan  penuntut yang berkemahiran dalam bidang ini.

Pertandingan kuiz peringkat awal/saringan akan diadakan pada 17/7/2003 bertempat di bilik Tingkatan 1C dan 1D, manakala peringkat akhir akan diadakan pada  24/7/2003 di bilik AVA. Bersama-sama dengan surat pekeliling ini, diedarkan borang dan syarat-syarat penyertaan. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penyelaras pertandingan, melalui guru Bahasa Melayu kelas masing-masing sebelum 10 Julai 2003.  

Kerjasama guru-guru dan penyertaan penuntut bagi menjayakan pertandingan kuiz  ini, amatlah dihargai dan  diucapkan ribuan terima kasih. 

Yang menjalankan tugas.  

Zukeri

(ZUKERI BIN YA)

Penyelaras,Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu,Sekolah Menengah Chung Hwa,BSB. 

Sk:

Pengetua

Ketua Perkembangan Pelajar

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu.

 

 

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 2003

 

  Penasihat:       Tan Been Tiem ( Ketua Jabatan Bahasa Melayu SMCH )

  Penyelaras:    Zukeri bin Ya 

  Pengawas Peserta:     Noor Alifah Abdullah         ( Tingkatan 3 )

                                      Norliza Binti Tuah         ( Tingkatan 2 )

                                      Yahya Bin Saat            ( Tingkatan 1 )

 

Pembuat soalan :

            Semua ahli jawatankuasa pertandingan kuiz

            ( dua soalan bagi setiap tingkatan/ 2 X 3 )

 

Penal Hakim:   Tan Been Tiem

                        Zukeri Bin Ya

                       Poh Sing Loo

 

Juru Acara:       Zukeri Bin Ya

                          Beh Hai Yau

Penjaga Masa:  Penuntut

Pencatat Markah:           Penuntut

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1.       Peraduan ini terbuka kepada semua penuntut menengah bawah Sekolah Menengah

Chung Hwa ( Tingkatan 1 3 )

  2.       Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

            2.1        Kategori A Menengah Bawah Satu (Tingkatan 1 )

            2.2        Kategori B Menengah Bawah Dua (Tingkatan 2 )

            2.3        Kategori C Menengah Bawah Tiga (Tingkatan 3 )

  3.       Markah bagi setiap jawapan yang tepat ialah tiga ( 3 ), sebarang keraguan yang

dialami pihak pengacara/ pengelola, sila rujuk hakim bertugas untuk bahagian

berkenaan.

  4.       Setiap kelas hendaklah menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri dari tiga

orang penuntut.

  5.       Tiga hadiah akan disediakan bagi setiap kategori dan sijil penyertaan akan diberikan

kepada setiap pasukan yang mengambil bahagian.

  6.       Keputusan penuh akan diumumkan kemudian.

  7.       Keputusan jemaah hakim adalah muktamad

Borang Penyertaan :  

Tingkatan : _______  

Peserta :           1. ____________________________  

                        2. ____________________________  

                        3. ____________________________  

Guru Bahasa Melayu : ________________________________________

                                  ()

.

 

 Borang Penyertaan :  

Tingkatan : _______  

Peserta :           1. ____________________________  

                        2. ____________________________  

                        3. ____________________________  

Guru Bahasa Melayu : ________________________________________

                                  ()

.

 

Borang Penyertaan :  

Tingkatan : _______  

Peserta :           1. ____________________________  

                        2. ____________________________  

                        3. ____________________________  

Guru Bahasa Melayu : ________________________________________

                                  ()