Make your own free website on Tripod.com

MEMORANDUM

 

 

Daripada:   Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri

                   Begawan,  Negara Brunei Darussalam. 

Kepada   :   Guru-guru dan Pelajar-pelajar Bahagian Menengah.

                                                                                                                         2 APRIL 2003

____________________________________________________________________________________________________________

 PERADUAN MENULIS ESEI DAN KARANGAN BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHAGIAN MENENGAH TAHUN 2003

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu menganjurkan peraduan menulis esei dan karangan sebagai projek tahunan jabatan ini serta merupakan satu langkah untuk meningkatkan taraf pembelajaran dan daya kreatif penulisan di kalangan pelajar-pelajar sekolah bahagian menengah bagi tahun 2003.

Sehubungan dengan itu,  penyertaan pelajar-pelajar adalah dialu-alukan bagi menjayakan peraduan ini serta mengetengahkan bakat para pelajar yang berkebolehan dalam menulis esei dan karangan.

Peraduan ini akan diadakan serentak pada hari SELASA  22 APRIL 2003 bertempat di kelas masing-masing bermula pada 7.15-8.45 pagi.  Bersama-sama surat keliling ini disertakan syarat-syarat peraduan tersebut.

Di atas perhatian dan kerjasama guru-guru dan penyertaan para pelajar bagi menjayakan peraduan menulis esei dan karangan ini, diucapkan ribuan terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

(CIKGU NOOR ALIFAH BINTI ABDULLAH)

Penyelaras,

Peraduan Menulis Esei Dan Karangan,

Jabatan Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Chung Hwa,

Bandar Seri Begawan.

 

Sk.

Puan Pengetua

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu

SYARAT-SYARAT PERADUAN

 

1. Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bahagian  Menengah,  iaitu Menengah Satu hingga Menengah Lima.

2. Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:

      2.1 Kategori A (Menengah Satu)

2.2    Kategori B (Menengah Dua)

2.3    Kategori C (Menengah Tiga)

2.4    Kategori D (Menengah Empat dan Lima)

 3. Bilangan patah perkataan bagi setiap kategori:

            Kategori A, B dan C :  180 300 patah perkataan

Kategori D                :   350 500 patah perkataan

4.  Tajuk-tajuk karangan bagi keempat-empat kategori akan diedarkan semasa hari

      peraduan dijalankan.  Semua pelajar hendaklah menyertai peraduan ini dan akan

      dikira sebagai sebahagian daripada markah ujian bulanan.

 5.   Esei/karangan yang layak untuk dipertandingkan dari setiap kelas akan dipilih

      oleh guru pelajaran Bahasa Melayu masing-masing dan dihantar kepada ketua

      hakim untuk dihakimkan oleh para hakim yang telah dilantik.

 

  1. Penggunaan KAMUS BAHASA MELAYU adalah digalakkan.

 

  1. Keputusan peraduan akan diumumkan setelah keputusan diterima daripada para

      hakim dan dipersetujui oleh ketua hakim.  Keputusan yang sudah diumumkan

      oleh ketua hakim adalah muktamad.  

    JAWATANKUASA PERADUAN MENULIS ESEI DAN KARANGAN BAHASA MELAYU TAHUN 2003

Penasihat            :   Cikgu Tan Been Tiem

                               (Ketua Jabatan Bahasa Melayu)

 Penyelaras          :    Cikgu Noor Alifah Binti Abdullah

 Pengawas peserta:   Guru-guru mengikut jadual mengajar kelas masing-masing.

 Pembuat soalan    :   Semua guru Bahasa Melayu bahagian Menengah.  Empat buah tajuk

                                 esei/karangan yang difikirkan sesuai hendaklah dihantar kepada

                                 penyelaras peraduan pada hari Isnin 7 APRIL 2003.

 Penal hakim          :   Cikgu Noor Alifah Binti Abdullah  (Ketua Hakim)

                                    Cikgu Beh Hai Yau                          (Kategori D)

                                   Cikgu Yahya Bin Hj. Saat                (Kategori C)

                                    Cikgu Zukeri Bin Ya                        (Kategori B)

                                    Cikgu Norliza Binti Hj. Tuah           (Kategori A)

 Penyerahan esei/karangan:

Guru pelajaran Bahasa Melayu masing-masing hendaklah menghantar sekurang-kurangnya lima buah esei/karangan yang diperkirakan layak untuk dipertandingkan kepada ketua hakim pada hari SELASA 29 APRIL 2003.

Penyerahan keputusan peraduan:

Para hakim yang dilantik hendaklah menyerahkan keputusan peraduan kepada ketua hakim  pada hari  RABU 13 MEI 2003.