Make your own free website on Tripod.com

 

 

PENILAIAN MATA PELAJARAN   BAHASA MELAYU

 

Bahagian Sekolah Rendah Bagi Tahun 2002.

 

Guru-guru Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah

 

 

1.                   Cikgu Chang Hon Boon

2.                 Cikgu Peng Siew Tang

3.                 Cikgu Ng Siau Chui

4.                 Cikgu Lee Chin Lan

5.                 Cikgu Chua Lian Moi

6.                 Cikgu Tam Sok Chan

7.                 Cikgu Loong poh cheng

8.                 Cikgu Yap Bee Yong

9.                 Cikgu Beh Hai Yau

10.              Cikgu Murni Bt.Galawat

11.               Cikgu Anthony Chieng Kai Huak

12.              Cikgu Yeot Bt. Bujang

13.              Cikgu Nora Bt.Hj.Mohamed

14.              Cikgu Tai Tiam Kwee

15.              Cikgu Chin Mee Hee

16.              Cikgu Chiam Lay Kuan

17.              Nooraihan Bt. Abdul Hamid

 

 

 

1.                   Laporan ini bertujuan untuk menilai pencapaian yang diperolehi dari usaha-usaha pembelajaran dan aktiviti-aktiviti  sepanjang tahun  2002.

 

2.                 Objektif-objektif yang dirancangkan dalam ‘ Pelan Tindakan 2002’ dan pengulasannya adalah seperti berikut  : -

 

2.1              Meningkatkan taraf pendidikan Bahasa Melayu.

 

Sebagaimana yang telah dirancangkan, taraf pencapaian pendidikan Bahasa Melayu adalah memuaskan dan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa .  Para guru didapati telah berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih efektif selain daripada menumpukan perhatian terhadap buku teks.

 

 

 

2.2            Meningkatkan bidang pembacaan di kalangan murid-murid.

 

Pelbagai cara pengajaran untuk meningkatkan bidang pembacaan di kalangan murid-murid  seperti buku cerita, majalah dan surat khabar telah digunakan dan aplikasi tersebut telah membuktikan bahawa penguasaan  murid terhadap penulisan karangan, menjawab soalan kefahaman dan pemahaman perbendaharaan  kata adalah memuaskan.

 

 

2.3            Pemberian  kerja rumah yang sederhana kepada murid-murid.

 

Semua guru telah memberi kerja rumah yang sederhana dan seimbang dengan kemampuan murid-murid mereka.  Bilangan kerja rumah yang diberi telah ditentukan seminggu sekali atau lanjutan  kerja sekolah , ini adalah untuk mengurangkan bebanan murid-murid.

 

 

2.4            Memberi bantuan kepada murid-murid yang lemah.

 

Kelas-kelas tambahan telah dijalankan setiap hari Jumaat dan masa cuti sekolah bagi murid-murid Darjah 6 untuk menghadapi peperiksaan PSR. Hasilnya seramai 127 orang pelajar telah mencapai pangkat A dalam peperiksaan PSR tahun ini.

 

 

 2.5     Menggalakkan  murid-murid membaca buku cerita.

 

Murid-murid digalakkan  meminjam buku-buku cerita yang sesuai dengan kemampuan mereka dari perpustakaan sekolah. Ada juga guru-guru yang telah meminjam buku-buku dari perpustakaan untuk bacaan murid-murid dalam kelas masing-masing. Dengan cara begini, minat membaca buku cerita di kalangan murid-murid sekolah rendah akan kian meningkat.

 

 

2.6   Penilaian dan pengujian

 

Penilaian dan pengujian telah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap pertengahan tahun untuk mengetahui pencapaian dan kemahiran seseorang murid.  Dari penilaian yang dijalankan itu, para guru dapat memahami atau memperbaiki kaedah pengajaran supaya pembelajaran murid-murid dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.

 

2.7         Skim pengajaran

 

Skim pengajaran bagi setiap peringkat telah disediakan oleh guru-guru setelah membuat perbincangan pada awal tahun.  Para guru telah mengikut skim yang ditentukan dan diselesaikan dengan memuaskan pada  hujung tahun.

 

 

2.8         Lisan

 

Guru-guru telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai komunikasi dengan murid-murid baik dalam bilik darjah atau luar dari bilik darjah.  Dengan ini secara langsung murid-murid dapat memahami dan membiasakan diri mereka untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.

 

 

2.9         Penggunaan alat bantu mengajar.

 

Para guru telah membuat alat bantu mengajar yang sesuai dengan isi-isi pelajaran murid-murid .  Sesetengah daripada alat bantu mengajar ini telah dilekat dalam kelas masing-masing untuk manfaat para murid sekalian. Kemudahan internet yang disediakan oleh pihak sekolah juga telah digunakan dengan sebaiknya oleh guru dalam proses mempelbagaikan kaedah pembelajaran.

 

3. Kegiatan Ko-Kurikulum

Setiap tahun, Jabatan Bahasa Melayu menganjurkan beberapa peraduan dalam usaha untuk memupuk dan menggalakkan minat pelajar-pelajar mempelajari bahasa Melayu dan memberi peluang dan galakan kepada para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Pada tahun ini empat peraduan telah diadakan seperti berikut:

 

 

1. PERADUAN TULISAN RUMI

 

Peraduan tersebut telah diadakan pada 6 Jun  2002 dan guru penyelaras bagi peraduan ini ialah Cikgu Murni bt. Galawat. Peraduan ini terbuka kepada murid-murid darjah satu hingga tiga sahaja. Objektif  peraduan ini adalah untuk menanam kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga tulisan dalam penulisan di samping memupuk minat murid-murid untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.  Selain daripada itu juga  untuk membangkitkan semangat persaingan di kalangan murid-murid untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kerana peraduan ini mengetengahkan kemahiran setiap murid dalam darjah satu hingga tiga.

Berikutnya ialah keputusan peraduan tersebut :-

 

Kategori Darjah 1

Tempat Pertama: Wong Lieng Chee (P1Gold)

Tempat Kedua: Wong Xin Ni (P1 Blue)

Tempat Ketiga: Chua Yi Chern (P1 Green)

Kategori Darjah 2

Tempat Pertama: Yvone Lim (P2 Yellow)

Tempat Kedua: Amalina Bte Amdan (P2 Green)

Tempat Ketiga:Dk. Siti Amal Nabilah (P2 Green)

Kategori Darjah 3

Tempat Pertama: Thian Yee Zhan (P3 Red)

Tempat Kedua: Siti Nurliyana (P3 Brown)

Tempat Ketiga: Khaty Kong (P3 Yellow)

 

 

2.   Peraduan Menulis Karangan

Peraduan mengarang telah diadakan pada 6 Jun 2002 di bawah penyelarasan Cikgu Chiam Lay Kuan. Peraduan ini merupakan kali pertama diadakan di peringkat sekolah rendah atas . Peraduan ini dibuka kepada semua pelajar dari darjah empat hingga enam. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan daya kreatif penulisan di kalangan murid sekolah rendah. Keputusan peraduan Menulis Karangan bahagian sekolah rendah bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:

 

Kategori Darjah 4

Tempat Pertama: Fang Xue Yuan (P4 Yellow)

Tempat Kedua: Poh Wan Yan (p4 Yellow)

Tempat Ketiga: Shawn Lim (P4 Express)

Kategori Darjah 5

Tempat Pertama: Ong Chui Chui (P5 Red)

Tempat Kedua: Tiong Ying Hee (P5 Express)

Tempat Ketiga: Hew Wei Jie (P5 Express)

Kategori Darjah 6

Tempat Pertama: Jane Tay (P6 Red)

Tempat Kedua: Sung Yoke Khee (P6 Red)

Tempat Ketiga: Yap  Xiao Ting ( P6 Express)

 

 

 

3.  PERADUAN BERCERITA BAHASA MELAYU

 

Peraduan tersebut telah dilangsungkan pada 21 Jun 2002 dan dipengerusi oleh

Cikgu Peng Siew Tang. Peraduan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah bertutur dan bercerita dalam Bahasa Melayu di samping melatih pelajar-pelajar supaya berani bercakap di hadapan  khalayak ramai.

Pemenang-pemenang peraduan tersebut adalah seperti berikut  :-

 

Kategori Darjah 1-2

Tempat Pertama: Amalina Bte. Amdan (P2 Green)

Tempat Kedua: Karen Ting Shi Chien (P2 Red)

Tempat Ketiga: Lee Chia Pau (P2 Red)

Kategori Darjah 3-4

Tempat Pertama: Goh Choon Ling (P4 Express)

Tempat Kedua: Tan Wan Jing (P4 Red)

Tempat Ketiga: Bong Jing Chi (P3 Red)

Kategori Darjah 5-6

Tempat Pertama: Meria Aires Anak Kuyah (P6 Brown)

Tempat Kedua: Tiong Ying Hee (P5 Express)

Tempat Ketiga: Nur Syahirah Chua  (P6 Brown)

 

4.Peraduan Kuiz Bahasa Melayu

 

Peraduan Kuiz Bahasa Melayu diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Anthony Chieng. Tujuan Peraduan ini diadakan adalah untuk menambahkan kemahiran pelajar dari segi penguasaan bahasa Melayu. Peraduan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar darjah empat hingga enam. Soalan yang disediakan adalah menguji bahagian tatabahasa dan pengetahuan am pelajar. Tahap kemampuan pelajar yang menyertai peraduan ini adalah memuaskan. Keputusan peraduan ini adalah seperti berikut:

 

Kategori Darjah 4

Tempat Pertama: P4 Orange (Md. Nur Ariff Putra b. Manjanai, Lim Shi Khiong, Hiew Wan Jun)

Tempat Kedua: P4 Yellow (Mar’yatul Haziqah Hj. Lazim, Catherina bt. Awg. Taccoh, Cindy Lee Shin Yii)

Tempat Ketiga: P4 Purple (Siti Nurul Aqilah Shyaqilah bt. Hj. Brahim, Nur Athirah Chua bt. Mohd. Firdaus Chua, Fatin Fasihah bt. Hj. Ramli)

Kategori Darjah 5

Tempat Pertama: P5 Blue( Aileen Benedette, Johnny ak Mamut, Saiyidah Syazwani)

Tempat Kedua: P5 Express (Andrew Koay Yi Jie, Tiong Ying Hee, Koh Choo Yee)

Tempat Ketiga: P5 Red (Ong Chui Chui, Wong Shi Ning, Ti Li Ying)

 

Kategori Darjah 6

Tempat Pertama: P6 Brown( Meria Aires  anak Kuyah, Liew Shu Xian, Nur Syahirah Chua bt. Mohd. Firdaus Chua)

Tempat Kedua: P6 Express (Chu Sheng Hong, Yap Xiao Ting, Liaw Yi Huey)

Tempat Ketiga: P6 Orange(Fajrina bt. Hamdan, Wemmy Emlia, Nazirah bt. Abd. Kamil)

 

Kesimpulan

 

Guru-guru dari  Jabatan Bahasa Melayu , Bahagian Sekolah Rendah telah menjalankan tugas masing-masing dengan  baik. Oleh yang demikian, ia boleh dikatakan  telah mencapai matlamat-matlamat yang telah dirancang dalam pelan tindakan tahun ini. Semua kegiatan ko-kurikulum telah dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kegiatan ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran mereka dan menimba pengalaman baru dalam pertandingan yang diceburi.