PENILAIAN MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU

BAHAGIAN MENENGAH TAHUN 2002

 

Ketua Jabatan :  Tan Been Tiem

 

Guru-Guru Bahasa Melayu Bahagian Menengah:

 

·        Tan Been Tiem                        (Tingkatan 5A, 5C & F1A)

·        Poh Sing Loo                           (Tingkatan 5B ,4B & 4C)

·        Yahya Bin Sa’t @ Jamil             (Tingkatan F4A)

·        Norliza Bt. Hj. Tuah                  ( Tingkatan 3A, 3C , F1D & F1E)

·        Beh Hai Yau                            (Tingkatan 3B)

·        Noor Alifah Bt. Abdullah           (Tingkatan 2A, F2B & F2D)

·        Hj. Bahar Bin Musa                   (Tingkatan F2C & 2E )

·        Zukeri B. Ya                              (Tingkatan 1B, 1C & !F)

 

 

1.     Kemahiran Penulisan

 

          Kemampuan penuntut-penuntut dari segi penulisan, secara keseluruhannya di peringkat sederhana sahaja. Walaubagaimana pun ada sebahagian kecil daripada penuntut-penuntut  yang dapat menghasilkan ayat-ayat yang gramatis dan menarik dalam aktiviti penulisan terutama dalam penulisan karangan, rumusan atau meringkaskan karangan dan membina ayat. Penuntut-penuntut yang terlibat secara langsung dalam peraduan  syarahan dan mengarang telah menunjukkan kemajuan dari segi penulisan mereka. Keadaan ini disebabkan pendedahan yang lebih meluas dan pembacaan tambahan yang mereka lakukan dalam bahasa Melayu. Dengan  ini penuntut-penuntut lain juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian dan membaca lebih banyak bahan tambahan.

 

 

2.   Kemahiran Lisan

 

Pada tahun ini latihan lisan di dalam kelas diberi lebih banyak tumpuan dengan memperuntukan satu waktu pada setiap minggu bagi membiasakan para pelajar memberi pendapat secara lisan. Ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar bertutur secara lisan dalam proses pembelajaran. Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam akan diberi peperiksaan secara lisan sebelum mereka menduduki peperiksaan lisan yang sebenar bagi peperiksaan awam. Pencapaian pelajar dalam ujian lisan bagi peperiksaan awam adalah memuaskan.

 

3.   Kemahiran Membaca

 

          Tahap kemahiran membaca di kalangan penuntut Cina, secara keseluruhan adalah memuaskan. Penilaian ini adalah berdasarkan latihan bacaan  yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga lima.  Biasanya, penuntut dapat membaca dengan lancar kecuali ada sebahagian daripada mereka menghadapi masalah dari segi sebutan dan intonasi yang betul. Dengan ini, penuntut-penuntut  sentiasa digalakkan menonton rancangan berita dalam bahasa Melayu dalam usaha untuk membiasakan penuntut dengan sebutan yang betul. Para pelajar juga dilatih  membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul semasa disuruh membaca petikan di dalam kelas.

 

 

4.   Pemberian Kerja Rumah

 

          Kerja rumah diberi secara sederhana sahaja pada setiap hujung minggu dan pada waktu cuti penggal persekolahan pertama dan kedua. Di samping itu latihan yang diberi dalam kelas yang tidak dapat disiapkan di sekolah, akan diberi sebagai kerja rumah.

 

 

5.   Kegiatan Ko-Kurikulum

 

a) Peringkat Sekolah         

 

          Setiap tahun, Jabatan Bahasa Melayu menjalankan beberapa peraduan dalam usaha untuk memupuk dan menggalakkan minat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Melayu dan menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah seperti berikut:

 

1.       Peraduan Mengarang

 

Peraduan mengarang telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Norliza bt. Hj. Tuah dan dibantu oleh semua guru Bahasa Melayu bahagian menengah. Tujuan Peraduan ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan daya kreatif penulisan di kalangan penuntut. Semua penuntut dari menengah satu hingga lima diberi peluang untuk menyertai peraduan ini dan setiap kelas dipilih tiga orang wakil yang layak untuk dipertandingkan di peringkat akhir .  Keputusan Peraduan Menulis Esei dan Karangan bahagian menengah bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:

 

 

 

 

     KATEGORI A ( MENENGAH 1 )  

     Johan                 :  Low Paw Hui   ( M 1B )  

     Naib johan         :  Anisa Sato        ( M 1B ) 

     Tempat ketiga    : Chin Jing Yi      ( M 1A) 

 

    KATEGORI  B ( MENENGAH 2 )

     Johan                 :  Low Seng Yen   ( M 2A )      

     Naib johan         :  Ting Yik Huang ( M 2A)      

     Tempat ketiga    :  Muhammad Khalik ( M 2E )

 

    KATEGORI C ( MENENGAH 3 )

    Johan                  :  Chin Wern Hui  ( M 3A )

    Naib johan          :  Yu Hui Ling      ( M 3A ) 

    Tempat ketiga     :  Edwina Goh      ( M 3A ) 

 

    KATEGORI D ( MENENGAH 4 DAN 5 )

    Johan                  :  Tan Chin Li     ( M 4B )     

    Naib johan          :  Chen Su Chan ( M 5A )     

    Tempat ketiga     : Wong Sing Wei  ( M 5A )  

 

 

 

 

2.   Peraduan Syarahan

 

 

          Peraduan ini telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Poh Sing Loo dan dibantu oleh semua guru bahasa Melayu bahagian menengah. Peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan penuntut dan mengasah bakat penuntut untuk melahirkan penuntut yang dapat menyampaikan hujah-hujah dengan berkesan. Penyertaan penuntut pada tahun ini amat menggalakkan.  Kemampuan penuntut menyampaikan syarahan adalah memuaskan bagi menengah bawah dan atas. Keputusan Peraduan Syarahan bagi tahun 2002 adalah seperti berikut:

 

Kategori Menengah Satu

Tempat Pertama: Anisa Sato (M1B)

Tempat Kedua: Ng Yee Joe (M1A)

Tempat Ketiga: Wong Yii Wen (M1B)

 

Kategori Menengah Dua

Tempat Pertama: Kho Xin Wei (M2A)

Tempat Kedua: Su Kah Hou (m2A)

Tempat Ketiga: Muhammad Omar (M2C)

 

 

 

Kategori Menengah Tiga

Tempat Pertama: Tay Chin Tze (M3A)

Tempat Kedua: Marina Sato (M3B)

Tempat Ketiga: Soh Kiaw Han (M3A)

 

Kategori Menengah Empat & Lima

Tempat Pertama: Hartinie Mohammad Antin (M4B)

Tempat Kedua: Chen Su Chan (M5A)

Tempat Ketiga: Lim Pei Yi (M5A)

 

 

3.   Peraduan Kuiz Bahasa Melayu

 

Peraduan Kuiz Bahasa Melayu diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Zukeri Bin Ya dan dibantu oleh semua guru bahasa Melayu bahagian menengah. Tujuan peraduan ini adalah untuk menambahkan kemahiran pelajar dari segi penguasaan bahasa Melayu. Peraduan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar menengah satu hingga tiga. Soalan yang disediakan adalah menguji bahagian tatabahasa termasuk peribahasa dan perambahan Brunei. Tahap kemampuan pelajar yang menyertai peraduan ini amat memuaskan. Keputusan peraduan ini adalah seperti berikut:

 

Kategori Menengah Satu

Tempat Pertama: Menengah 1A:

Chan Chung Sun, Chin Jing Yi, Lau Sze Yee

 

Tempat Kedua: Menengah 1B:

Lim Chia Yee, Sim Pei Yee’ Ung Cheng Hoe

 

Tempat Ketiga: Menengah 1D:

Mohd Fakrul Islam, Mohd Aedee,Maedlinde

 

Kategori Menengah Dua

Tempat Pertama: Menengah 2A:

Stella Ting Hai Yin, Susan Ting Yik Huang, Chu Hui Yen

 

Tempat Kedua: Menengah 2B:

Cheong Siaw Ling, Husrina Binti Awang Yunus,

Jackie Wong Ha Hing

 

Tempat Ketiga: Menengah 2E:

Nge Ko Liong, Tan Jee Wei, Awangku Syafiie

 

Kategori Menengah Tiga

 

Tempat Pertama: Menengah 3A:

Yu Hui Ling, Edwina Goh, Chin Wern Hui

 

Tempat Kedua: Menengah 3B

Marina Sato, Phang Shew Hiang, Dk. Nurul Hidayah

 

Tempat Ketiga: Menengah 3C:

Stephenie, Mona Bt. Bakar, Lee Tian Sing

 

 

 

 

 

 

 

 

4.   Peraduan Mencipta Sajak

 

Peraduan ini baru diperkenalkan pada tahun ini. Guru penyelaras bagi peraduan ini ialah Cikgu Yahya Bin Sa’at @ Jamil dan dibantu oleh guru-guru yang mengajar bahagian menengah atas. Peraduan ini dibuka kepada pelajar-pelajar menengah atas yang dibahagikan kepada dua kategori. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada pada para pelajar dari segi menghasilkan sajak dan memberi peluang kepada pelajar meluahkan perasaan mereka dalam bentuk sajak tentang sesuatu topik yang diberi. Kemampuan pelajar menghasilkan sajak yang puitis adalah memuaskan. Keputusan peraduan sajak adalah seperti berikut:

 

Kategori Menengah Empat

Tempat Pertama: Tan Chin Li (M4B)

Tempat Kedua: Chai Xin Tee (M4A)

Tempat Ketiga: Hartinie binti Mohammad Antin (M4B)

 

Kategori Menengah  Lima

Tempat Pertama: Chin Kuet Choi (M5B)

Tempat Kedua: Soo Yih Jing (M5A)

Tempat Ketiga: Chung Zze Chen (M5B)

 

 

b) Peringkat Negara

 

1.     Peraduan Bahas Kali ke-29

Pada tahun ini sekolah kita tidak menyertai peraduan ini kerana tidak dapat memenuhi syarat penyertaan yang mahukan para peserta terdiri daripada tiga orang yang memiliki kerakyatan Brunei dan seorang warga asing.

 

2.   Peraduan Pidato Antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Seluruh Negara

 

Sekolah kita telah menghantar seorang wakil iaitu Hartinie Bt. Mohammad Antin dan telah mendapat tempat ketiga dalam peraduan tersebut. Guru pengawas yang telah melatih perserta tersebut ialah Cikgu Poh Sing Loo.

 

 

Kesimpulan

 

          Guru-guru dalam jabatan Bahasa Melayu sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada para pelajar demi meningkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam Bahasa Melayu.  Dengan usaha ini dan usaha-usaha lain yang telah diambil, telah dapat meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan PSR, PMB dan keputusan Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’.